Lelaki bergaya guna duit mak bapak atau selekeh tapi guna duit sendiri- Mana lebih Cool?

Cool Tak saya?

Assalamualaikum dan hello.. Agak lame jugak aku tak menulis blog ni selepas aku membuat post mendapat duit online dari adsense dan Open house haritu. Dan aku juga mintak maaf sebab aku tak dapat nk post lagi macam mana nak menjana wang dengan adsense seperti permintaan ramai sebab sekarang ni aku dah at the end of semester.. So, banyak due date yang kene didahulukan. Dan selepas itu aku ada exam pulak.. So, mungkin lambat sikit la kot.. Sorry ok.. bukan tak nak buat, tapi aku taknak buat cincai-cincai.. Aku nk korang-korang semua yang membaca blog aku ni, mendapat info yang lebih tepat dan padat..

Ok, berbalik kepada tajuk. Ape yang korang rase option yang lebih COOL? Bagi aku, yang seorang lelaki ni, aku pilih yang kedua tu.. Selekeh tapi guna duit sendiri. Walaupon sekarang ini sesetengah (I repeat, sesetengah) wanita yang menilai penampilan lelaki dari segi penampilan luarannya dan memilih teman berpasangan dengan cara itu, tapi aku lebih COOL jika aku menggunakan duit sendiri untuk mengorat awek atau mengayat awek.

Aku fikir, lelaki yang guna duit mak bapak untuk menunjuk-nunjukkan kemewahan diorang tu amatlah tak COOL lansung kerana seperti kata ayat yang aku cipta sendiri “Bajet COOL, tapi guna duit mak bapak, Tak COOL abes”. Hahaha.. betulkah itu? Abaikan, pokoknya adalah guna duit mak bapak untuk bergaya memikat awek adalah tidak COOL lansung bagi aku. Tak tau lah bagi pembaca blog ni macam mana. Boleh kemukakan pendapat anda diruangan komen dibawah.

Owh, entry ini juga ditujukan kepada golongan yang berupaya sahaja. Iaitu, cukup sifat, sihat tubuh badan, dan sudah dapat berfikir dengan separuh matang.

Ape korang pikir? Adakah anda merasakan diri anda COOL?

Share:

No comments:

Post a Comment

Amazon Best Seller

Labels

Blog Archive

Recent Posts